13/08/2015

Wantan Noodle Soup/Sup Mi Wantan Simple dan Sedap!

Assalamualaikum & Salam Jumaat...


Dah lama simpan entri ni sebab xsempat nak menaip...byk kerja di ofis 2,3 hari ni...balik umah lepas masak and uruskan anak2 mesti terus tido....petang jumaat ni xde kemana-mana during lunch hour boleh la sambung yang mana tertunda...

Kali ni atas permintaan kawan2 yang pm di facebook, saya nak kongsi resepi yang menjadi kesukaan suami...dia kata hari2 dia makan ni pun xpe...dia suka sangat wantan ala2 dumpling tu...resepi asal saya google je, and alter sikit2 ikut selera yang suami suka.... :)

Kulit wantan saya beli yang dah siap jual kat mydin tu...slalunye beli jenama Megah(halal). Cara nak melipat wantan ni senang je, klim2 je dari tepi....boleh tgk kat youtube "Cara melipat kulit wantan" hehe...ada macam2 cara...saya pilih yang paling senang asalkan tak terkeluar isinya..

Wantan yang dah dilipat
Isi Wantan
Bahan-bahan:
Isi Udang - agak2 dalam 2 genggam kecil-dicincang halus
Ayam Cincang - sy guna jenama Ramly satu keping
Lada sulah
Garam
Kiub Ayam 1/2
Bwg Puting -dicincang halus
Daun bawang
Carrot -dicincang halus
Telur sebiji-dipukul

Cara-cara
Campur semua bahan bersama
Masukkan telur
Isi boleh mula dibungkus dalam kulit wantan
Didihkan air, letak minyak sikit
Rebus wantan tadi( nak tau dah masak, wantan tu akan timbul di permukaan air)
Boleh di hidang seperti gamba di bawah

(Ada juga yang kukus wantan ni cam buat dumpling....tapi sy takde pengukus, jadi rebus je la jawabnye..hehe)

Kuah Sup(clear soup)
Bahan-bahan
Minyak bijan
Bwg putih cincang
ikan bilis
fishcake/fish ball (optional)

Cara-cara
Tumis bwg putih, ikan bilis dgn minyak bijan
Masukkan stok ayam / air biasa
perasakan dgn garam + 1/2 kiub ayam
masukkan fish ball & fish cake

Mee Wantan boleh dibeli yang dah siap...mana2 supermarket ada jual...saya selalu beli jenama Megah..
Direbus mcm biasa smp lembut, lepas tu lalukan sebentar dengan air sejuk supaya mee tak terlalu kembang

Wantan Noodle


Wantan noodle with clear soup


~Selamat Mencuba~



No comments:

Post a Comment