11/08/2015

Mee Goreng Seleraku Yang Sedap

Assalamualaikum.....
Hari ni nak berkongsi resepi mee goring kesukaan...Saya suka mee goreng berbanding kuay teow...tapi anak2 suka kuay teow, jadinya kuayteow lebih banyak muncul sebab ikut selera anak2...TAPI sejak saya menemukan bahan2 terbaru hasil eksperimen saya dengan mee ni (bahan nye xde special sgt pun), anak2 makan menambah2... Kalau suami dia lebih suka kalau ditambah perencah kari mcm di kedai mamak tu, boleh je ikut selera masing-masing....kalau saya lebih suka cara ni :)

Mee Goreng Seleraku Yang Sedap
Bahan-bahan:
Bwg putih - dicincang (sy guna bwg putih shj)
Mee 2 Paket (ank2 xcukup sepaket)
Udang - segenggam kecil shj (nak amik manis)
Fish ball
Fish Cake
Telur
Sayur Sawi
5-6 sdb Cili Kering - dh direbus & blend
2-3 sdb sos tiram
Kicap manis & Kicap masin
2-3 sdb sos tomato

Cara-cara:
Tumis bawang putih sehingga garing
Masukkan cili kering- tumis smp garing
Masukkan udang, fishball, fish cake, batang sawi- letak air sikit
Masukkan sos tiram, kicap manis, kicap masin(tak terlalu byk), sos tomato
Pecahkan telur, kecilkan api- kacau perlahan2 telur (sy guna garfu)
Masukkan mee
Akhir skali masuk daun sawi
Hidang panas2...

~Selamat Mencuba~

No comments:

Post a Comment