13/08/2015

Wantan Noodle Soup/Sup Mi Wantan Simple dan Sedap!

Assalamualaikum & Salam Jumaat...


Dah lama simpan entri ni sebab xsempat nak menaip...byk kerja di ofis 2,3 hari ni...balik umah lepas masak and uruskan anak2 mesti terus tido....petang jumaat ni xde kemana-mana during lunch hour boleh la sambung yang mana tertunda...

Kali ni atas permintaan kawan2 yang pm di facebook, saya nak kongsi resepi yang menjadi kesukaan suami...dia kata hari2 dia makan ni pun xpe...dia suka sangat wantan ala2 dumpling tu...resepi asal saya google je, and alter sikit2 ikut selera yang suami suka.... :)

Kulit wantan saya beli yang dah siap jual kat mydin tu...slalunye beli jenama Megah(halal). Cara nak melipat wantan ni senang je, klim2 je dari tepi....boleh tgk kat youtube "Cara melipat kulit wantan" hehe...ada macam2 cara...saya pilih yang paling senang asalkan tak terkeluar isinya..

Wantan yang dah dilipat
Isi Wantan
Bahan-bahan:
Isi Udang - agak2 dalam 2 genggam kecil-dicincang halus
Ayam Cincang - sy guna jenama Ramly satu keping
Lada sulah
Garam
Kiub Ayam 1/2
Bwg Puting -dicincang halus
Daun bawang
Carrot -dicincang halus
Telur sebiji-dipukul

Cara-cara
Campur semua bahan bersama
Masukkan telur
Isi boleh mula dibungkus dalam kulit wantan
Didihkan air, letak minyak sikit
Rebus wantan tadi( nak tau dah masak, wantan tu akan timbul di permukaan air)
Boleh di hidang seperti gamba di bawah

(Ada juga yang kukus wantan ni cam buat dumpling....tapi sy takde pengukus, jadi rebus je la jawabnye..hehe)

Kuah Sup(clear soup)
Bahan-bahan
Minyak bijan
Bwg putih cincang
ikan bilis
fishcake/fish ball (optional)

Cara-cara
Tumis bwg putih, ikan bilis dgn minyak bijan
Masukkan stok ayam / air biasa
perasakan dgn garam + 1/2 kiub ayam
masukkan fish ball & fish cake

Mee Wantan boleh dibeli yang dah siap...mana2 supermarket ada jual...saya selalu beli jenama Megah..
Direbus mcm biasa smp lembut, lepas tu lalukan sebentar dengan air sejuk supaya mee tak terlalu kembang

Wantan Noodle


Wantan noodle with clear soup


~Selamat Mencuba~



11/08/2015

Mee Goreng Seleraku Yang Sedap

Assalamualaikum.....
Hari ni nak berkongsi resepi mee goring kesukaan...Saya suka mee goreng berbanding kuay teow...tapi anak2 suka kuay teow, jadinya kuayteow lebih banyak muncul sebab ikut selera anak2...TAPI sejak saya menemukan bahan2 terbaru hasil eksperimen saya dengan mee ni (bahan nye xde special sgt pun), anak2 makan menambah2... Kalau suami dia lebih suka kalau ditambah perencah kari mcm di kedai mamak tu, boleh je ikut selera masing-masing....kalau saya lebih suka cara ni :)

Mee Goreng Seleraku Yang Sedap
Bahan-bahan:
Bwg putih - dicincang (sy guna bwg putih shj)
Mee 2 Paket (ank2 xcukup sepaket)
Udang - segenggam kecil shj (nak amik manis)
Fish ball
Fish Cake
Telur
Sayur Sawi
5-6 sdb Cili Kering - dh direbus & blend
2-3 sdb sos tiram
Kicap manis & Kicap masin
2-3 sdb sos tomato

Cara-cara:
Tumis bawang putih sehingga garing
Masukkan cili kering- tumis smp garing
Masukkan udang, fishball, fish cake, batang sawi- letak air sikit
Masukkan sos tiram, kicap manis, kicap masin(tak terlalu byk), sos tomato
Pecahkan telur, kecilkan api- kacau perlahan2 telur (sy guna garfu)
Masukkan mee
Akhir skali masuk daun sawi
Hidang panas2...

~Selamat Mencuba~

07/08/2015

Nasi Ayam Wangi








Assalamualaikum....


Malam tadi buat Nasi Ayam guna resepi gabungan mak dan mak mertua...eksperimen saya menggabungkan dua resepi ni berjaya..haha, mmg sodapp...saya share disini supaya senang nak rujuk esok2...takut lupa, almaklum faktor usia  :)

Nasi ayam ni nampak leceh utk disediakan tapi sebenarnya mudah sahaja...

Nasi Ayam Wangi
Bahan- bahan nasi:
Beras Basmathi
Butter
Minyak
5 biji Bwg merah*
3 biji Bwg Putih*
4 cm Halia*
Serai
Daun Pandan
(*) -di blend

Bahan-bahan Perap Ayam:
Kicap Manis
Kicap Masin
Sos Tiram
Minyak Bijan
Madu
(Semua bahan kat atas dicampurkan bersama)

Cili :
Lada Merah segenggam
5 biji cili padi
limau kasturi
gula, garam
(Semua bahan di atas blend then letak atas api sekejap...tunggu sejuk, hidang)

Kicap:
sy ambil lebihan perapan ayam then letak air rebusan ayam sikit

Cara-cara :
- Rebus ayam (seekor saya belah dua shj) dengan bwg putih and halia yg diketuk kasar + garam+gula
- Lepas ayam dh lembut, angkat dan toskan-> Perapkan bersama bahan-bahan perapan utk 1-2 jam
- Gantung ayam sekejap lepas diperap selama 2jam- resepi asal xde, ni tips dari blog2 lain (sllnye sy skip step ni hehe...katanye if gantung ayam bila goreng nnt kulit lebih rangup..sy pemalas nak tunggu lama2)
- Goreng ayam tu sekejap je --> pastu boleh potong dan hidang

-utk nasi pulak, beras dicuci bersih & ditoskan...
- tumis bhn2 yang diblend +serai
- masuk kan beras + air rebusan ayam tadi
- masukkan garam
- masukkan daun pandan
- letak di rice cooker sampai masak

Cara hidang boleh rujuk gambar di atas ....

~Selamat Mencuba~

06/08/2015

Nasi Goreng Kampung Paling Sedap!!!

Assalamualaikum...

Entry kali ni nak kongsi resipi nasi goreng kampung kegemaran my family...sy memang sukaa sgt nasi goreng kampung, yang paling sedap nasi goreng makcik kantin masa di sekolah cbn dulu..hehe...lamaaa saya mencari secret ingredient yang xdelah secret sgt pon...byk saya try&error dan akhirnya berjaya dpt the same taste macam makan kat skolah dulu...alhamdulillahhhh....so saya kongsikan kat sini supaya tak lupa :)
My mom suka sgt nasi goreng ni, kalau balik umah my mom, mmg dia akan request nasi goreng ni for her breakfast...siap dia kata "Mummy bila makan nasi goreng ni, tak reti bhenti!" hehehe....kalau ank2, tak perlu cerita la...mmg their favourite....resepi dia simple je...

NASI GORENG KAMPUNG PALING SEDAP
Bahan-bahan:
Nasi putih (masak 3 pot) / Boleh guna nasi sejuk (lebihan)
Ikan bilis segenggam besar* (direndam)
Cili Padi 10 biji* (kami suka pedas)
5-6 biji Bwg merah* (guna bwg merah shj, kalau campur bwg putih rasanya tak sama macam makcik kantin skolah buat..hehe)
4 biji Telur
Sayur yg sesuai (kangkung atau kobis)
Ikan bilis goreng(optional)

Cara-cara:
- kalau rajin tumbuk bahan yang bertanda(*) tapi sy blend je semua
- tumis bahan blend sampai betul2 garing
- letak garam,gula (secukup rasa) -garam xperlu byk sebab ikan bilis dh masin
- bila dah garing, ketepikan tumisan di tepi kuali-> pecah kan telur and kacau smp telur masak
- bila telur dh masak, gaul bersama tumisan tadi
- Masukkan nasi, gaul sebati
- Masukkan sayur
- Boleh dihidangkan bersama hirisan timun....& tabur ikan bilis goreng(optional), daun bawang

~Selamat Mencuba~